"PM Jika Berminat" KPDNKK Saman hingga 50K Peniaga Online Gagal Pamer Harga


Pengguna yang mencari produk atas talian kini lebih terjamin apabila undang-undag telah diperkemaskan untuk memaksa penjual atas talian (online sellers) untuk memaparkan semua maklumat berkenaan produk/perkhidmatan termasuk kaedah transaksi pembelian.

Penguatkuasa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) akan terus memantau & memburu mereka (penjual atas talian - online sellers) termasuklah mereka yang menjual di laman sosial seperti Facebook & Instagram -- yang sengaja/gagal memaparkan harga produk/perkhidmatan mereka.

KPDNKK saman peniaga online RM50K atau penjara 3 tahun gagal pamer harga

Tanda-tanda utama penguatkuasaan pihak KPDNKK adalah dari interaksi pengguna termasuklah mesej "PM harga sis", "PM tepi yew" atau "DM price sis" di setiap "thread" mesej iklan penjual atas talian.

Menurut Pengarah Penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Mohd Roslan Mahayudin, peniaga atas talian akan dikenakan tindakan, sama seperti mereka yang berniaga secara konvesional.

Individu yang menjalankan perniagaan atas talian yang tidak patuh kepada 8 keperluan urus niaga atas talian yang dikuatkuasakan oleh pihak kementerian akan dikenakan tindakan saman sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih dari 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

8 Keperluan Wajib Ada untuk Urus Niaga Atas Talian -- KPDNKK


Mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999, penjual atas talian perlu memaparkan perkara berikut:-

  1. HARGA produk/perkhidmatan ditawarkan, termasuk cukai & khidmat penghantaran serta lain kos yang berbangkit.
  2. NAMA inidividu yang menjalankan perniagaan atau syarikat atau nama perniagaan.
  3. NO. PENDAFTARAN perniagaa / syarikat.
  4. MAKLUMAT PERHUBUNGAN seperti alamat emel, nombor telefon serta alamat individu yang menjalankan pernigaan.
  5. KETERANGAN LENGKAP seperti karekter produk atau perniagaan.
  6. KAEDAH PEMBAYARAN yang boleh berurus niaga.
  7. TERMA & SYARAT keperluan transaksi
  8. PENGHANTARAN iauatu anggaran produk/perkhidmatan diterima pengguna.

Mengikut Pengarah Penguatkuasaan KPDNKK, pihaknya akan terus memantau & menguatkuasakan undang-undang ini setelah sekian lama memberikan kelonggaran.

Menurut beliau lagi, kini, hak-hak pengguna/konsumer akan lebih terjamin.

Pihak KPDNKK mahukan pengguna/konsumer lebih sentias dilindungi di atas talian. Dengan penguatkuasaan ini, hak pengguna akan lebih dilindungi & konsumer akan mempunyai lebih ruang untuk membuat pilihan, melihat harga produk /perkhidmatan ditawarkan tanpa sebarang keraguan.

Oleh itu, jika seorang ingin menjual produk kosmetik seperti DD Cushion Foundation, maka peniaga itu haruslah meletakkan harga produk tersebut. Tidak ada lagi "DM untuk harga" atau "PM untuk keterangan lanjut" dan sebaginya.

Pihak kerajaan telah memperkenalkan tanda harga produk sejak 1977 apabila Arahan Kawalan Harga telah diperkenalkan (Pengisytiharan Harga oleh Penjual). kemudian ia dipinda ke Arahan Kawalan Harga (Pengisytiharan Harga oleh Penjual) 1993.

Apabila e-commerce telah membangun dengan pesatnya, kes penipuan pula semakin meningkat. Maka pihak kerajaan telah menukar ke Akta Perlindungan Pengguna (Transaksi Dagangan Elektronik) 2012 untuk memastikan peniaga online terus patuh.

Ketika ini, menurut Pengarah Penguatkuasaan KPDNKK, pusat jualan online (marketplaces) seperti Zalora & Lazada tidak mempunyai sebarang masalah kerana mereka patuh  pada undang-undang yang telah ditetapkan.

Pihak KPDNKK hanya mempunyai isu besar dengan peniaga atas talian di laman-laman sosial untuk mematuhi kehendak dinyatakan diatas.

Pihak KPDNKK telah memberikan masa yang cukup untuk peniaga online ini. Bermulanya saat ini, jika peniaga atas talian gagal patuh, pihak penguatkuasa KPDNKK akan bertindak sekerasnya.

Pihak KPDNKK memohon pengguna untuk bersama membantu bagi memastikan peniaga atas talian telah mematuhi kehendak dinyatakan. Jika peniaga atas talian ini gagal, pengguna boleh berhubung di talian terus KPDNKK 1-800-886-800 bahagian penguatkuasaan.

Sumber: NST Ogos 3, 2017.




"PM Jika Berminat" KPDNKK Saman hingga 50K Peniaga Online Gagal Pamer Harga https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3ctdCxCE2CpUkDkN115IJzkua0wAPcpcK13vAaXwhJMNL-uOGnqQLm65eY9EXm1epDP55zDEA7-lKU3y1S_21dDPbp0wHJlVx7RocI120rvLJ6dyrTwQPipP_t-iVZRh_HIyn29EAKqE/w72-h72-p-k-no-nu/KPDNKK-bertindak-sellers-gagal-pamer-harga+%25281%2529.jpg https://nieve-beauty.blogspot.com/2017/08/pm-jika-berminat-kpdnkk-saman-hingga.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pengesahan & Kelulusan

Kesemua produk keluaran Niéve Beauty mempunyai pengesahan Nota Notifikasi dari Pengarah, Perkhidmatan Farmasitukal, Kementerian Kesihatan Malaysia -- memberikan keyakinan kepada pengguna terhadap bahan ter-kandungan pada produk keluaran Niéve Beauty.

Produk-produk Nieve Beauty telah pun memperoleh pengesahan & kebenaran untuk dipasarkan terus kepada pengguna mengikut Akta Kawalan Ubatan & Kosmetik 1984 -- Regulation 18 A (2).

Sila hubungi kami disini untuk pertanyaan lanjut & pengesahan.

Membuat Pesanan?

Kami di Niéve Beauty Kelantan menyediakan langkah mudah untuk membuat pesanan di-atas talian. Tidak memerlukan data peribadi & segala maklumat adalah rahsia.


Cara Melihat & Merubah Pesanan.


  • Click ikon di penjuru atas laman untuk melihat atau merubah produk pesanan anda bila-bila masa.

Cara Membuat Pesanan.


  • Di laman "Shop", pilih produk anda.
  • Semak harga serta tawaran istemwa kami sediakan atas talian.
  • Pilih opsyen disediakan (jika ada).
  • Tekan butang "Add to Cart".
  • Paparan troli shopping cart tertera bagi membuat perubahan/semakan atau terus menghantar pesanan anda.

Cara Menghantar Pesanan.


  • Di laman "Checkout", sila semak butiran pesanan.
  • Pilih destinasi penghantaran anda (jika ada)
  • Isi borang atas talian maklumat diperlukan.
  • Semak borang penghantaran.
  • Tekan butang "Hantar Pesanan" atau "Paypal" jika anda ingin menbuat transaksi atas talian -- mudah, selamat & transaksi anda dilindungi.

Seterusnya pesanan anda diproses & produk anda akan sampai di depan pintu dalam 3 hari bekerja -- begitu mudah!


Bayaran Melaui Sistem Perbankan

Bagi pembayaran melalui perbankan, pihak kami akan mengirimkan e-inbois terus ke telefon & alamat emel anda untuk pengesahan.


Bayaran On-line Melalui Paypal

Mudah cepat & sangat selamat dan pihak kami tidak meyimpan data peribadi anda. Anda boleh menggunakan baki akaun Paypal ataupun menggunakan kad kredit/debit bagi membuat pembayaran.

Transaksi anda dijamin & dilindungi sepenuhnya jika produk dipesan tidak dikirimkan seperti dijanjikan. Anda boleh memohon pengembalian bila-bila masa dengan klik butang "Refund" sahaja.

Maklumat Penghantaran

Niéve Beauty Kelantan sentiasa bekerjasama dengan perkhidmatan kurier/penghantaran yang paling efisyen untuk kiriman anda. Di-antara khidmat kurier yang terus berurusan adalah:-


  • Pos Laju (dalam & luar negara)
  • City Link
  • Skynet
  • Ta-Q-Bin

Pada dasarnya, pesanan anda akan sampai ke destinasi dalam 3 hingga 5 hari bekerja -- itu yang telah dijanjikan oleh pihak perkhidmatan pengiriman. Respons dari pengguna, ada ketikanya pesanan anda tiba kurang 24 jam!

Namun begitu, terdapat juga penghantaran yang mungkin akan terlewat kerana faktor-faktor diluar jangka.

Oleh itu, setelah pesanan dikirim, pihak kami akan menghantar "Tracking Code" terus kepada anda bagi menyemak kedudukan/status penghantaran tersebut.

Maklumat Pemulangan

Tidak 100% berpuas hati dengan produk dikirim? Mempunyai kecacatan luar jangka? Kami berikan 30 hari untuk tempoh pemulangan tanpa sebarang pertanyaan.

Masukkan semula produk pesanan anda yang rosak itu kedalam pek disediakan (bersama pakej asal & tag), sertakan salinan slip pemulangan di dalam pek tersbut. Kemudian, hantarkan melalui pek itu di perkhidmatan pos berhampirsan dengan tempat anda kepada kami.

Permohonan anda akan diproses & produk anda boleh diganti semula ataupun kami memulangkan semula wang pembelian anda -- mengikut kesesuaian. Untuk pengetahuan lanjut & kelayakan pemulangan, sila layari laman FAQ kami.

Shopping Cart View

Map

Store Settings

Theme Fonts

Disqus for nieve-care