Syarat-syarat & Keperluan - STOKIS / AGEN / DROPSHIP


Berikut adalah terma & syarat menjadi Stokis dan rakan strategik perniagaan Niéve Beauty Kelantan & Pantai Timur.

Ringkasan: NBK = Niéve Beauty Kelantan, NBHQ = Niéve Beauty HQ

Tagline


Mudah berwuduk selesakan solat...

Kod Ahli


Contoh kod ahli Stokis: SNBK17080001
Contoh kod ahli Agen: ANBK17080001
Contoh kod ahli Dropship: DNBK17080001


STOKIS - Keperluan


Fi komitmen adalah RM100 seumur hidup. Tiada Fi sehingga Sept 1, 2017

Pembelian minima adalah 30 unit merangkumi:-

  • Master Set DD Cushion - 10 unit
  • Master Set Lipsmatte (6 x 2) - 12 unit
  • DD Cushion Re-fill - 8 unit

Minima re-stok 30 unit sebulan & pilihan produk adalah bebas.

Mempunyai sekurangnya 10 Agen dalam satu-satu masa.

Percuma flyers & risalah promosi - NBHQ

Percuma kelas bimbingan marketing & pembangunan perniagaan. - NBHQ

Percuma kedai online milik sendiri - NBK *

AGEN - Keperluan


Fi komitmen adalah RM50 seumur hidup.  Tiada Fi sehingga Sept 1, 2017

Pembelian minima adalah 10 unit merangkumi:-

  • Master Set DD Cushion - 2 unit
  • Master Set Lipsmatte - 6 unit
  • DD Cushion Re-fill - 2 unit

Minima re-stok 10 unit sebulan dan pilihan produk adalah bebas.

Boleh melantik pasukan dropship sendiri.

Percuma flyers & risalah promosi - NBHQ

Percuma kelas bimbingan marketing & pembangunan perniagaan. - NBHQ

Percuma kedai online milik sendiri - NBK *

DROPSHIP - Keperluan


Tiada yuran atau fi komitmen - PERCUMA.

Pesan produk & produk dihantar terus ke konsumer dengan alamat kedai on-line anda sendiri

Keuntungan bersih satu produk sehingga 20%.

Pendaftaran & pembelian haruslah menyatakan "Penaja".

Percuma bahan marketing.

"Personal coaching" dari pakar-pakar dalam industri.

Percuma kedai online milik sendiri - NBK *


Struktur Rakan Niaga @NieveBeauty


NBHQ

NBK

Stokis @NiéveBeauty

Agen @NiéveBeauty
Pengguna



Terma & Syarat


Umum


Stokis/Agen/Dropship adalah terdiri dari inidividu berumur 18 tahun dan keatas, telah membaca & memahami terma & syarat disediakan di laman ini.

Stokis/Agen/Dropship haruslah sentiasa bertanggungjawab & memikul jenama Niéve Beauty & NBK sebagai penyelaras bagi "region" ditentukan oleh NBHQ.

Stokis/Agen/Dropship memahami & bersetuju bahawa Niéve Beauty adalah milik Faz Mode Ventures & NBK adalah pengedar utama (eksklusif) produk Niéve Beauty bagi negeri Kelantan.

Status


NBHQ: Pengurusan & pembekalan produk serta pemilik jenama berdaftar.

NBK: Perlantikan eksklusif pusat edaran produk bagi kawasan yang telah ditetapkan.

Stokis: Berstatus aktif dengan minima pembelian 30 unit mana-mana produk Niéve Beauty dalam tempoh 30 hari dari tarikh akhir membuat pembelian/penambahan stok.

Agen: Berstatus aktif adalah dengan minima pembelian 10 unit mana-mana produk Niéve Beauty dalam tempoh 90 hari dari tarikh akhir membuat pembelian/penambahan stok.

Jika Stokis/Agen tidak aktif dalam masa-masa ditentukan distas, NBK akan menggugurkan status mereka untuk memberi ruang kepada ahli-ahli lain yang berkelayakan.

Perlantikan


Stokis: Stokis yang layak hanya dilantik oleh NBK bagi setiap kawasan/pekan/daerah/negeri dan jumlah stokis adalah mengikut keperluan & permintaan produk.

Agen: Agen dilantik oleh Stokis dan setiap pendaftaran agen haruslah disertakan nombor rujukan Stokis sebelum membuat pesanan. Agen akan hanya berdaftar dengan satu Stokis sahaja dan hanya berurusan dengan Stokis tersebut.

Dropship: Dropship boleh dilantik oleh Stokis mahupun Agen. Kadar harga jualan dibenarkan untuk Dropship berdasarkan budi bicara Stokis/Agen dibawah tetapan NBHQ disediakan.

Stokis/Agen/Dropship harus berkerjasama antara satu sama lain serta bermuafakat dalam terus mengembangkan peluang perniagaan masing-masing sambil dibantu oleh NBHQ dan NBK.

Stok, Jualan & Pemasaran


Stokis/Agen/Dropship tidak dibenarkan untuk menukar stok antara satu sama lain kerana ia bakal membebankan aliran tunai perniagaan masing-masing.

Stokis/Agen/Dropship dibenarkan membuat jualan terus kepada pelanggan pada harga runcit yang telah ditetapkan.

Sebarang perubahan & kemaskini harga produk akan dipaparkan di laman web ini, laman-laman sosial milik NBHQ & NBK mahupun melalui aplikasi telefon pintar dan emel.

Stokis/Agen/Dropship haruslah peka mana-mana perubahan & kemaskini produk dilaksanakan oleh NBHQ/NBK setiap masa.

Bagi tujuan pemasaran & kemudahan pembangunan perniagaan, Stokis digalakkan untuk membina Grup Pemasaran masing-masing dimana keahlian Grup tersebut adalah terdiri dari kalangan Agen & Dropship dilantik Stokis itu sendiri.

Jika Stokis/Agen/Dropship memasarkan atau mengiklan secara online, pembelian dibebaskan mengikut kawasan pelanggan & kos penghantaran ditanggung masing-masing.

Etika & Kesalahan


Sebarang percanggahan & pelanggaran etika perniagaan bistari akan menyebabkan status rakan niaga Neive Beauty ditamatkan serta merta.

Etika perniagaan tidak sihat termasuklah, mencuri, berkongsi & bertukar-tukar Agen/Dropship/Pengguna antara satu sama lain adalah tidak dibenarkan.

Stokis/Agen/Dropship tidak dibenarkan meniru, membuat semula, "menumpang" mahupun mengaitkan produk Niéve Beauty secara langsung atau bertulis atau berkongsi dengan mana-mana produk berada di pasaran.

Stokis bertanggung jawab menjaga dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk membantu Agen/Dropship yang telah dilantik.
Adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana rakan niaga Niéve Beauty menggunakan bahan promosi hak milik persendirian lain tanpa kebenaran.

Pelanggaran Peraturan


Sila laporkan tindakan salah laku Stokis/Agen/Dropship di laman disediakan untuk memudahkan proses siasatan oleh NBHQ/NBK.

Pihak NBHQ & NBK akan menilai setiap laporan yang telah dihantar untuk tindakan susulan. Jika siasatan telah mendapati laporan tersebut adalah benar, serta mempunyai bukti yang kukuh, pihak pengurusan tidak teragak-agak untuk membuat tindakan-tindakan seperti berikut, antaranya:-

  • Menggantung sementara status Stokis/Agen/Dropship sehingga sisatan selesai.
  • Menggugurkan status Stokis/Agen/Dropship serta merta.
  • Melaporkan ke pihak berkuasa tempatan.
  • Tindakan susulan di mahkamah.

Pemulangan


Tempoh untuk pemulangan produk adalah selama 14 hari dari tarikh pembelian produk dibuat.

Pada dasarnya, keadaan produk yang rosak merangkumi:-

  • Kecacatan pada rekaan kotak produk
  • Kecacatan pada perlabelan kotak produk
  • Ketirian pada penutup bekas produk.

Manakala keadaan produk yang tidak dikategorikan rosak adalah:-

  • Keadaan kotak produk yang kemek semasa penghantaran
  • Kecacatan pada beg eksklusif produk
  • Kecatatan kepada flyer atau bahan promosi dikirimkan.
  • Kerosakan akibat bencana alam seperti banjir, gempa dan sebagainya.

Sila sertakan salinan inbois asal & salinan borang permohonan pemulangan produk bagi memudahkan pemprosesan oleh NBHQ & NBK.

Pesanan & Pembayaran


NBK menerima pesanan melalui:-

  • Laman web mynieve.com 
  • Panggilan telefon/SMS
  • Aplikasi mobile seperti emel, whatsapp dan sebagainya.

Semua pesanan diterima hanya akan di proses selepas bukti pembayaran diserahkan melalui kaedah yang dipersetujuis sama ada melalui emel, aplikasi telefon pintar, SMS atau panggilan telefon.

Pembayaran boleh dibuat melalui kaedah berikut:-

  • Pemindahan wang secara atas talian  (online banking) ke akaun Maybank NBK
  • Pindah tunai melalu kaunter atau CDM (Cash Deposit Machine)
  • Cek bertarikh pada waktu pesanan/pembelian.
  • Kad Kredit/Debit melalui Paypal (Caj perkhidmatan ditanggung NBK)

Pihak NBK berhak untuk tidak memproses pesanan jika gagal melampirkan bukti pembayaran kepada NBK.





* Pihak NBHQ & NBK berhak untuk menukar/menambah nilai mana-mana bahagian di laman ini bila-bila masa mengikut kesesuaian.





Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Shopping Cart View

Map

Store Settings

Theme Fonts

Disqus for nieve-care