16K Bots Akaun Twitter #Fake Bantu Jentera PRU14 Barisan Nasional?


Hanya beberapa minggu sahaja rakyat Malaysia akan mengundi sempena #PRU14, kini akaun Twitter #Fake menggunakan bots otomatik telah "merakus" laman sosial tersebut dengan puluhan ribu "tweets" pro kerajaan Barisan Nasional (BN) & menyampaikan mesej-mesej anti pembangkang Pakatan Harapan (PH).

"Tweet-tweet" pro kerajaan BN ini telah direbiu oleh Reuters & wakil institut penyelidikan media digital Amerika Syarikat (AS).

Menurut Twitter Inc., pihak mereka sedang mengenal pasti & mengugurkan akaun-akaun yang melanggar polisi Spam yang telah tetapkan.

"...kami (Twitter Inc) akan terus membanteras segala kegiatan ancaman secara otomatik di platform kami, termasuklan akaun-akaun Spam..."

Sumber yang rapat dengan Twitter Inc manegatakan, pihak Twitter telah pun mengugurkan lebih 500 akaun #Fake Twitter yang melanggar polisi Spam platform mereka -- termasuklah akaun berkait dengan "tweet" pro kerajaan BN & anti PH yang tersiar.

Akaun Fake Twitter Pro Barisan Nasional UMNO PRU14 Dikesan & DIhapuskan

Ketua Teknologi Maklumat UMNO, Ahmad Maslan menyatakan, beliau & UMNO menafikan kegiatan melanggar polisi Spam Twitter ini & ianya bukan dari kegiatan jentera kempen #PRU14 UMNO-BN.

Manakala Menteri Komunikasi & Multimedia, Salleh Said Kruak pula tidak respon untuk memberikan komen, walaupun telah di cuba berhubung melalui SMS & panggilan telefon.

Penyelidikan dilakukan Digital Forensic Research (DFR) Lab yang berpengkalan di Washington AS, terdapat lebih 17,000 "tweets" dilakukan minggu lalu oleh bots-bots otomatik yang berkaitan dengan pilihanraya PRU14 Malaysia yang bakal diadakan pada 9 Mei 2018 ini.

Terdapat 9 dari 10 akaun #Fake Twitter yang menggunakan teknologi bots mengandungi konten anti pembangkang PH & illustrasi/konten pro kerajaan BN. Akaun #fake ini menggunakan nama samaran seakan dari Russia & skrip Cyrillic.

Namun, ini tidak bermaksud akaun-akaun #Fake Twitter itu datangnya dari Russia ataupun pihak Russia cuba untuk "mengganggu" pilihanraya PRU14 Malaysia.

Kempen akaun #Fake Twitter pro kerajaan BN ini juga memungkinkan adanya pihak ketiga telah membeli bots-bots dari Russia bagi tujuan kempen berskala besar sebegini.

Kedudukan asal tweet #Fake pro kerajaan BN ini mahupun menentukan sama ada ia dilakukan oleh firma tertentu ataupun individu pula tidak dapat dikenal pasti oleh pihak Reuters.

Antara bentuk akaun Tweet #Fake pro kerajaan BN dikesan adalah:-

  • tweets yang mengandungi illustrasi polisi kerajaan BN
  • tweets yang memperoalkan janji-janji kempen pihak pembangkang PH
  • tweets yang terkandung gambar penyokong BN mengibarkan bendera parti.
  • tweets dengan gambar sepanduk "I love PM".

Antara Hashtag akaun Tqitter #Fake pro kerajaan BN dikesan juga adalah:-

  • Slogan-slogan kempen Barisan Nasional
  • Ayat-ayat anti Pakatan Harapan 
  • #SayNoToPH
  • #KalahkanPakatan

Hashtag #SayNoToPH & #KalahkanPakatan telah digunakan sebanyak 44,100 kali oleh lebih 17,600 akaun #Fake Twitter pro kerajaan BN dari sejak 12 hingga 20 April.

Ironinya, 98% akaun Twitter yang mengunakan hashtag tersebut adalah akaun bots otomatik, menurut Ms Barojan dari Reuters.

Kebanyakan grafik telah dipautkan kepada Biro Informasi Teknologi UMNO dimana terdapat pautan yang dikongsikan menuju ke akaun laman sosial milik/berkait dengan BN.

Namun tidak ada bukti sahih yang pautan ke laman sosial pro kerajaan BN itu adalah mereka yang menganjurkan bots-bots otomatik Twitter ini.

Laman sosial Twitter tidaklah popular di kalangan pengguna di Malaysia berbanding Facebook, Whatsapp, Youtube & Telegram.

Tujuan kempen menggunakan teknik tweets otomatik berskala besar ini adalah untuk membina trafik ke pautan konten & diharapkan mendapat reaksi (engagements) dari pengguna di laman sosial Twitter -- namun ia tidak berjaya.

Sumber:


#AntiFakeNews #PRU14 #Barisan Nasional #PakatanHarapan #Twitter



16K Bots Akaun Twitter #Fake Bantu Jentera PRU14 Barisan Nasional? https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh42U4uu6AAO4CYjeT3yKL9hnM3AY7kI9h1tIyZrOklzLbfjw3eFhgOmTwedphg_TbMW8LHr9lALjmRtPVNAGk27JQib8UkLO1rFSZ5Gy_qGyAl3riJzIzzrcse0QfCHO7OfA6iNJeLYug/w72-h72-p-k-no-nu/twitter-pro-bn-fake-pru14-2018.jpg https://nieve-beauty.blogspot.com/2018/04/16k-bots-akaun-twitter-fake-bantu.html

5 ulasan:

  1. PILIHAN DI TANGAN KITA. BUATLAH PILIHAN TERBAIK...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Rakyat harus "timbangkan"sewajar-wajarnya untuk PRU14 kali ini..

      Padam
  2. Wow, jika ada begitu banyak Fake akaun, perlulah beritau SPR. Mereka perlu bertindak utk membuat siasatan sebelum pilihanraya diadakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak sudah di flag oleh system & users Twitter yg lain. Namun banyak juga yg terlepas...

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam


Pengesahan & Kelulusan

Kesemua produk keluaran Niéve Beauty mempunyai pengesahan Nota Notifikasi dari Pengarah, Perkhidmatan Farmasitukal, Kementerian Kesihatan Malaysia -- memberikan keyakinan kepada pengguna terhadap bahan ter-kandungan pada produk keluaran Niéve Beauty.

Produk-produk Nieve Beauty telah pun memperoleh pengesahan & kebenaran untuk dipasarkan terus kepada pengguna mengikut Akta Kawalan Ubatan & Kosmetik 1984 -- Regulation 18 A (2).

Sila hubungi kami disini untuk pertanyaan lanjut & pengesahan.

Membuat Pesanan?

Kami di Niéve Beauty Kelantan menyediakan langkah mudah untuk membuat pesanan di-atas talian. Tidak memerlukan data peribadi & segala maklumat adalah rahsia.


Cara Melihat & Merubah Pesanan.


  • Click ikon di penjuru atas laman untuk melihat atau merubah produk pesanan anda bila-bila masa.

Cara Membuat Pesanan.


  • Di laman "Shop", pilih produk anda.
  • Semak harga serta tawaran istemwa kami sediakan atas talian.
  • Pilih opsyen disediakan (jika ada).
  • Tekan butang "Add to Cart".
  • Paparan troli shopping cart tertera bagi membuat perubahan/semakan atau terus menghantar pesanan anda.

Cara Menghantar Pesanan.


  • Di laman "Checkout", sila semak butiran pesanan.
  • Pilih destinasi penghantaran anda (jika ada)
  • Isi borang atas talian maklumat diperlukan.
  • Semak borang penghantaran.
  • Tekan butang "Hantar Pesanan" atau "Paypal" jika anda ingin menbuat transaksi atas talian -- mudah, selamat & transaksi anda dilindungi.

Seterusnya pesanan anda diproses & produk anda akan sampai di depan pintu dalam 3 hari bekerja -- begitu mudah!


Bayaran Melaui Sistem Perbankan

Bagi pembayaran melalui perbankan, pihak kami akan mengirimkan e-inbois terus ke telefon & alamat emel anda untuk pengesahan.


Bayaran On-line Melalui Paypal

Mudah cepat & sangat selamat dan pihak kami tidak meyimpan data peribadi anda. Anda boleh menggunakan baki akaun Paypal ataupun menggunakan kad kredit/debit bagi membuat pembayaran.

Transaksi anda dijamin & dilindungi sepenuhnya jika produk dipesan tidak dikirimkan seperti dijanjikan. Anda boleh memohon pengembalian bila-bila masa dengan klik butang "Refund" sahaja.

Maklumat Penghantaran

Niéve Beauty Kelantan sentiasa bekerjasama dengan perkhidmatan kurier/penghantaran yang paling efisyen untuk kiriman anda. Di-antara khidmat kurier yang terus berurusan adalah:-


  • Pos Laju (dalam & luar negara)
  • City Link
  • Skynet
  • Ta-Q-Bin

Pada dasarnya, pesanan anda akan sampai ke destinasi dalam 3 hingga 5 hari bekerja -- itu yang telah dijanjikan oleh pihak perkhidmatan pengiriman. Respons dari pengguna, ada ketikanya pesanan anda tiba kurang 24 jam!

Namun begitu, terdapat juga penghantaran yang mungkin akan terlewat kerana faktor-faktor diluar jangka.

Oleh itu, setelah pesanan dikirim, pihak kami akan menghantar "Tracking Code" terus kepada anda bagi menyemak kedudukan/status penghantaran tersebut.

Maklumat Pemulangan

Tidak 100% berpuas hati dengan produk dikirim? Mempunyai kecacatan luar jangka? Kami berikan 30 hari untuk tempoh pemulangan tanpa sebarang pertanyaan.

Masukkan semula produk pesanan anda yang rosak itu kedalam pek disediakan (bersama pakej asal & tag), sertakan salinan slip pemulangan di dalam pek tersbut. Kemudian, hantarkan melalui pek itu di perkhidmatan pos berhampirsan dengan tempat anda kepada kami.

Permohonan anda akan diproses & produk anda boleh diganti semula ataupun kami memulangkan semula wang pembelian anda -- mengikut kesesuaian. Untuk pengetahuan lanjut & kelayakan pemulangan, sila layari laman FAQ kami.

Shopping Cart View

Map

Store Settings

Theme Fonts

Disqus for nieve-care