Difahamkan, nama pengirim/samaran "Rina" terpapar, menghantar mesej secara rawak kepada pengguna #Rakyat Malaysia melalui aplikasi telefon pintar Whatsapp -- yang juga dikuasakan oleh Facebook.
Menurut Google, gambar profil digunakan "Rina" ini merupakan seorang penggiat seni, pelakon drama & penyanyi yang berasal dari negara Indonesia.
Gambar profil di mesej Whatsapp tersebut adalah sebenarnya milik Laudya Cintya Bella yang mempunyai lebih 21 Million pengikut (Followers) di Instagram.
Menurut Wikipedia..
Laudya Cynthia Bella or commonly called Bella is an Indonesian pop singer, actress, and soap opera star of mixed ethnic Sundanese, Javanese and Minangkabau descent.
Didalam mesej dikirimkan "Rina", dia meluahkan rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang meninggalkan UMNO kerana percayakan Tun Dr Mahathir Mohamed (Dr M).
"Rina" juga menulis bahawa perjuangan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah sia-sia & tindakan Dr M menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta bekerjasama dengan DAP adalah satu penipuan.
"Rina" juga kongsikan artikel kenyataan Dr Tang Seng Giaw, bekas ahli parlimen DAP Kepong yang menegaskan bahawa, laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak menyebut pembabitan Datuk Seri Najib Razak, dalam isu syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Berikut adalah teks penuh dikirimkan kepada pengguna aplikasi Whatsapp dari "Rina"...
Rina kasihan mereka yang tinggalkan UMNO kerana percayakan Tun M. Hari ini pemimpin Dap dan Timbalan Pengerusi PAC sendiri dah sahkan Datuk Seri Najib tak bersalah. Kan sia2 perjuangan Ppbm. Hari ni terpaksa pula bekerjasama dgn Dap dan gunakan logo Pkr kerana parti dah berkubur.. sia2 saja tindakan mereka, terbukti Tun M berbohong dan menipu mereka selama ini...
*Seng Giaw DAP Ulangi Pendirian 1MDB: Najib Tidak Terlibat*
Bekas Ahli Parlimen Kepong daripada DAP, Dr Tan Seng Giaw, mengulangi pendiriannya, bahawa laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak menyebut pembabitan Datuk Seri Najib Razak, dalam isu syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Beliau yang juga bekas Timbalan Pengerusi PAC, menegaskan laporan setebal 106 muka surat tidak pernah menuding jari kepada Perdana Menteri dalam salah laku 1MDB.
Ketika ditanya sama ada laporan PAC menyentuh sama ada Najib terbabit dalam laporan itu, beliau menjawab: “Ia tidak dinyatakan”. Mengikut prinsip undang-undang negara, kita perlu mengemukakan bukti untuk menunjukkan seseorang itu terbabit dalam sebarang salah laku.
_“Mengikut prinsip pengasingan kuasa di antara eksekutif, pentadbiran dan undang-undang, hanya hakim mahkamah boleh membuat keputusan, sama ada seseorang itu didapati bersalah atau tidak. Itu bukan hak saya atau anda,” katanya_
Beliau turut mengkritik sesetengah pihak yang hanya bergantung kepada laporan daripada portal Sarawak Report, berhubung bukti yang menuding jari kepada Najib kononnya terbabit dalam isu 1MDB. Dalam terma undang-undang, seseorang individu perlu disiasat dengan lebih lanjut untuk mengetahui perkara yang berlaku kerana tuduhan sahaja tidak boleh menyatakan seseorang itu bersalah.
_“Persepsi bukanlah bukti. Mengikut prinsip undang-undang, seseorang adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah”._
Sumber : http://www.suara.tv/
Terpulang kepada anda untuk menilai kesahihan maklumat dikirimkan oleh "Rina" ini.
Kesimpulannya, nyata lagi bersuluh, berdasarkan konteks mesej melalui aplikasi Whatsapp ini:-
- Adakah ia merupakan salah satu kempen PRU14 Pro BN kerana initipati mesej dikirimkan?
- Adakah BN bekerjasama artis top Indonesia untuk berkempen pada PRU14 ini?
- Berkemungkinan jika ini merupakan kempen Pro BN PRU14, ia menggunakan akaun aplikasi Whatsapp/Facebook palsu.
#Fake #FakeAccount
Ingin berborak dengan "Rina"? Nombor telefon pintar ada tertera di paparan imej pertama diatas. ;)
#AntiFakeNews #PRU14 #BarisanNasional #PakatanHarapan #MahahirMohamed #NajibRazak #Whatsapp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan